masak lemak cili api daging salai

RESEPI MASAK LEMAK CILI API DAGING SALAI PALING SENANG TAPI SEDAP

DAH masuk minggu kedua berpuasa ni adakalanya membuatkan para wanita buntu di dapur memikirkan menu untuk disediakan sebagai juadah berbuka.

Jangan risau, BawangPutih kongsikan resepi masak lemak cili api daging salai yang paling mudah tapi confirmed terangkat. Silap-silap ada yang menambah waktu makan hari ni.

Bahan-bahan :
4-5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
8-10 tangkai cili padi atau cili api (bilangan cili boleh ditambah mengikut selera pedas anda)
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas

*Kisar kesemua bahan-bahan di atas *

3/4 santan kotak
1 liter air
1 paket daging salai
1 biji ubi kentang (boleh letak jika suka)
3-4 batang kacang panjang (potong serong)
Serbuk kunyit (ditambah jika warna kuning kuah sedikit pucat)
2 keping asam keping
Garam dan gula

Cara penyediaan :
Masukkan kesemua bahan kisar ke dalam periuk.
Masak sehingga ia menjadi sedikit kering.
Masukkan daging salai dan ubi kentang, gaul rata dengan bahan kisar, kemudian masukkan air. Jika sukakan kuah sedikit pekat, kurangkan air.
Masak dalam 15 minit, kemudian masukkan santan.
Kacau kuah sentiasa supaya santan tidak pecah minyak dan kelihatan cantik.
Masukkan kacang panjang.
Masukkan asam keping, garam dan gula.