REMAJA BUNUH, RAKAM KEMATIAN RAKAN HABISKAN USIA TUA DI PENJARA

EMPAT remaja terpaksa meringkuk dan menghabiskan seumur hidupnya di penjara selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 67 tahun.

Jacob Morgan, 15; Ramon Djauna, 15; Aaron Miller, 19 dan Caleb Brown, 16 telah melakukan pembunuhan kejam terhadap Cemeren Yilmaz dalam satu kejadian di Bedford, England pada September 2018.

Bukan sahaja diserang dengan tukul dan pisau, empat remaja itu turut bertindak merakam pembunuhan itu menerusi aplikasi Snapchat dan tersebar di media sosial.

Rakaman video itu juga turut dimainkan ketika sesi perbicaraan.

Cemeren gagal diselamatkan sewaktu dalam perjalanan ke hospital.