REMAJA BARU TERIMA SURAT TAWARAN IPTA KOMA TERLIBAT KEMALANGAN

Gambar UTUSAN MALAYSIA.

MALANG tidak berbau. Md. Afdlin Md. Nasir, 18, baru sahaja menerima sepucuk surat memaklumkan dirinya diterima melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia, Kampus Bintulu Sarawak dalam jurusan Diploma Sains Pertanian.

Namun tidak lama kemudian, Md. Afdlin terlibat dalam satu kemalangan bersama seorang rakannya di Felda Jengka 25 pada hari ini sehingga menyebabkan dia koma.

Motorsikal yang dinaiki dua sahabat itu terbabas ketika melalui satu selekoh di Jengka 25, dipercayai akibat keadaan yang gelap.

Abang mangsa, Md Ashraf, 29, memaklumkan adiknya sangat gembira apabila menerima surat tawaran berkenaan.

“Dia sangat gembira dan kami tidak menyangka adik terlibat dalam kemalangan bersama rakannya yang dikenali sebagai Yazid, 18, di Felda Jengka 25.


“Motosikal Yamaha 135 LC yang ditunggang mereka terbabas sebaik sahaj melalui kawasan selekoh yang gelap namun rakannya hanya cedera ringan,” katanya di sini hari ini.


Menurutnya, adiknya dihantar ke Hospital Jengka sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk rawatan lanjut.


“Kami diberitahu adik mengalami luka dalaman termasuk pendarahan di kepala, patah bahu malah tulang rusuknya turut tercucuk bahagian paru-paru,” ujarnya.

error0
Tweet 20