REBUT TIKET PENERBANGAN MURAH DENGAN MAS

ANDA ada perancangan untuk bercuti bersama teman atau keluarga?

Malaysia Airlines menawarkan diskaun sehingga 20 peratus bagi tambang kelas perniagaan dan kelas ekonomi ke semua destinasi dari Kuala Lumpur.

Promosi yang bermula semalam (26 Jun) akan tamat pada hari ini (27 Jun) bagi perjalanan segera hingga 20 Januari 2020.

Promosi ini terhad kepada 6.5 juta tempat duduk bagi semua kategori tambang Malaysia Airlines – Lite, Basic dan Flex.

Sementara itu, Malaysia Airlines akan menggunakan Airbus A380-800 daripada Airbus A330-300 ke Melbourne, Australia, untuk masa yang terhad sahaja.

Bermula hari ini sehingga 28 Jun ini, syarikat penerbangan itu juga turut menawarkan tambang pergi dan balik serendah dari RM1,749 (kelas ekonomi) dan dari RM5,499 (kelas perniagaan).

Promosi ini hanya terhad untuk MH149 dan MH148.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi lain, pergi ke laman sesawang Malaysia Airlines.