RASA TERKURUNG BILA KUARANTIN?

5 PERKARA YANG PERLU DIJAGA

Jika anda seorang yang sentiasa aktif di tempat kerja dan kaki lepak pasti 14 hari kuarantin disebabkan COVID-19 pasti menjadi hari yang sukar untuk anda.

Mental dan fizikal anda haruslah dijaga dengan baik supaya sentiasa cergas, cerdas dan tidak rasa tertekan dan berasa terkurung di rumah.

Tapi, bagaimana untuk sentiasa cergas mental dan fizikal?

Jaga 5 perkara dibawah-

1. PEMAKANAN

Carmen Byker Shanks, seorang Profesor Pemakanan di Montana State University anda haruslah mempunyai rancangan menu yang sihat sebelum anda membeli barangan runcit.

Hal ini adalah untuk memastikan anda mengambil barang yang betul, dan untuk mengelakkan pembelian panik.

Ambil stok makanan yang telah dibeli dan kemudian merancang menu makanan yang terdiri daripada kanji dan protein.

Walaupun kebanyakan orang suka membeli makanan tin, Byker Shanks berkata ia sebenarnya merupakan masa yang baik untuk membeli makanan yang segar.

BACA: FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG VIRUS CORONAVIRUS!

“Beli buah-buahan dan sayur-sayuran itu, potong dan letakkan di dalam peti sejuk anda, kerana ia boleh digunakan untuk beberapa bulan lagi,” katanya.

Sayuran yang lazat dan kanji – seperti brokoli, pucuk Brussels dan ubi keledek – juga bertahan lama di luar peti sejuk.

Jika anda membeli barang-barang kering atau beku, pilih makanan yang mengandungi kurang daripada lima gram gula tambahan setiap hidangan dan kurang daripada 200 miligram garam bagi setiap hidangan, syor Byker Shanks.

Jaga waktu makan dan kurangkan gula ketika kuarantin.

2. KECERGASAN

Anda mungkin tidak boleh pergi ke gym, tetapi tidak perlu berjalan, berlari atau mengemas rumah, kata Dr Jennifer Lee yang merupakan pembantu profesor klinikal perubatan keluarga dan kesihatan komuniti di Perubatan Penn.

Tambahan pula, pelbagai coach senaman, yoga, zumba dan sebagainya menawarkan kelas alam maya (online) yang boleh disertai untuk kekal bertenaga di rumah.

Kerana mereka juga turut kuarantin seperti anda, gunakan masa yang dijadualkan dan bersama kekalkan kecergasan tubuh badan.

Kevin Zahri, coach selebriti tempatan turut mencadangkan untuk bersenam dengan senaman yang tidak banyak menggunakan peralatan.

Seperti squats, burpees, push-up dan anda boleh lakukan walaupun ruang kecil.

Kevin turut mengesyorkan memilih lima latihan senaman, melakukan setiap 30 saat, kemudian mengulanginya tiga kali (set).

Lakukan aktiviti yang boleh membuatkan anda banyak bergerak seperti berjalan kaki, berkebun dan melakukan pembersihan.

Jadi, tiada alasan untuk anda hanya duduk diam sahaja.

Pastikan anda banyak bergerak!

3. TIDUR DAN TEKANAN

Menguruskan tekanan dan kebimbangan adalah penting untuk mendapatkan tidur yang cukup.

Secara tidak langsung, untuk mendapat cukup tidur adalah penting untuk setiap aspek kesihatan anda.

Yoga dan meditasi adalah senaman yang baik untuk menguruskan tekanan, dan mereka boleh dilakukan di ruang kecil.

Anda juga boleh menghidupkan aplikasi seperti Headspace dan Talkspace untuk latihan dan terapi pemikiran maya masing-masing.

Jamie Gold, seorang perunding reka bentuk kesejahteraan dan pengarang buku Wellness by Design mencadangkan, cari kawasan yang anda suka dan menenangkan di rumah.

Pilih barangan kegemaran anda seperti selimut, bantal, lilin wangi dan tanaman di dalam rumah untuk membantu anda mendapat tidur yang baik.

BACA: KORONAVIRUS BOLEH HIDUP DIUDARA?

Terdapat beberapa kajian menunjukkan tumbuhan dapat membantu membersihkan udara dalaman dan dapat membantu meningkatkan mood positif anda, kata Gold.

“Terlalu terdedah kepada berita negatif, mencetuskan banyak kebimbangan,” kata Gold.

“Jika anda boleh membuat ruang yang tenang untuk mencerminkan, jurnal, ia membantu menenangkan anda.”

Seimbangkan hari anda dengan berinteraksi sosial online menggunakan Facetime, hubungi teman melalui telefon dan video dapat mengelakkan kemurungan, kata Lee.

Seterusnya boleh mengelakkan anda boring bila kuarantin.

4. PEMBERSIHAN

Penyelidikan mencadangkan SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan COVID-19, boleh hidup di permukaan plastik dan keluli tahan karat selama 72 jam, kadbod selama 24 jam dan tembaga selama empat jam.

Oleh itu, pembersihan di rumah adalah penting untuk memastikan rumah bebas virus dan sentiasa bersih.

Ia juga membantu untuk menambah aktiviti yang berfaedah untuk mengisi masa lapang ketika berkuarantin disebabkan Covid-19.

5. PENJAGAAN KESIHATAN

Pastikan anda mengaplikasi nasihat yang keluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan tangan, tubuh badan bersih selepas keluar dari rumah.

Pastikan anda mempunyai bekalan ubatan yang mencukupi dan elakkan keluar dari rumah.

Hanya keluar jika betul-betul kecemasan.

Semoga bermanfaat!

error0
Tweet 20