RANCANG PERBELANJAAN AGAR DUIT MASIH CUKUP DI HUJUNG BULAN

TIADA simpanan? Masih tidak terlambat untuk anda memulakan tabung simpanan dan rekod perbelanjaan, lebih-lebih lagi di kala kos sara hidup semakin meningkat,

Semua perkara harian memerlukan wang, sama ada hendak ke sekolah, pejabat, menaiki kenderaan peribadi atau awam bahkan perbelanjaan keluarga, termasuk anak-anak.

Ayuh ikuti tips belanja dan menabung secara bijak!

  1. Menyimpan setiap hari! – Sebelum melakukan pembelian, sentiasa ingat keperluan dan bukan kehendak. Fikir apakah matlamat berbelanja bagi menyelamatkan wang anda daripada membeli yang bukan-bukan. Rajin-rajinlah mencari barangan yang ada harga promosi.
  2. ‘Preloved’ barangan anda – Kalau ada periuk belanga atau barangan elektrik yang anda tidak guna dan hanya simpan di dalam kotak di stor belakang rumah – apa kata anda menjualnya?
  3. Jangan membazir – Maksimumkan penggunaan barangan di rumah. Jangan jadikan amalan sekali buang terus pakai sebagai rutin.
  4. Elakkan kekerapan singgah pasar raya – Bukan apa, inilah antara punca duit banyak habis kerana membeli barangan yang dirasakan ‘tidak ada’ / ‘tidak cukup’ di rumah. Kalau boleh jadikan amalan singgah ke pasar raya setiap kali gaji masuk atau tunggu sehingga ada sekurang-kurangnya 10 barangan penting hendak dibeli.
  5. Elakkan mengguna kad kredit – Sentiasa beringat sebelum menggunakan kad kredit. Ini kerana menggunakan kad kredit memang tidak terasa ketika berbelanja, malah menjadi makin seronok. Tetapi penghujungnya apabila bil bulanan sampai, mahu menyesal tak sudah, kan?
  6. Masak sendiri di rumah – Mungkin ada sesetengah wanita menjadikan alasan penat dan tiada masa untuk tidak memasak di rumah. Jika hari bekerja, rasanya tiada masalah untuk anda masak menu ringkas dan sediakan bahan-bahan untuk memasak lebih awal.
  7. Rekod perbelanjaan – Ini untuk memastikan anda berbelanja bulanan secara berhemah dan tidak ‘lari’ dari apa yang sepatutnya.
  8. Kurangkan belian ‘on-line’ – Kadangkala promosi atau iklan boleh menarik seseorang dari berbelanja apa yang sepatutnya. Maka, kurangkan layari laman jualan dalam talian atau tangguh dahulu niat anda jika sesuatu barangan itu tidak penting.
error0