RANCANG CULIK NAJIB DAN TIGA BEKAS MENTERI LAIN, TIGA LELAKI DPENJARA 8 DAN 12 TAHUN

MAHKAMAH RAYUAN hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun terhadap seorang rakyat Indonesia, manakala dua lagi bekas tentera dipenjarakan lapan tahun selepas ketiga-tiga mereka didapati bersalah bersubahat mempromosikan keganasan.

Hukuman penjara terhadap warga Indonesia, Ali Saifuddin, 32, dan bekas anggota tentera, Nor Azmi Jailani, 32 dan Mohd Yusri Mohamed Yusof, 33, berkuatkuasa daripada tarikh tangkap pada 5 April 2015.

Menerusi bukti yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi, ketiga-tiga mereka terbabit dalam beberapa siri perbincangan dengan anak seorang militant Daesh dalam rancangan mereka untuk menculik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pertukaran kepada pembebasan tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Selain Najib, mereka turut merancang menculik tiga lagi bekas menteri, iaitu  bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Mahkamah Rayuan pada 8 April lalu mendapati Ali, Nor Azmi dan Mohd Yusri bersalah sekaligus mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini membebaskan ketiga-tiga tertuduh.

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat berkata bukti yang diberikan oleh ketiga-tiga tertuduh tidak menimbulkan keraguan munasabah.

Pasukan peguam yang mewakili tiga tertuduh bercadang mengemukakn rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan di Mahkamah Persekutuan dalam masa terdekat.

error0
Tweet 20