RAMAI WANITA TERSILAP PILIH SELUAR DALAM!

JANGAN hanya kerana mahu cantik luaran, yang dalaman pula terabai. Kononnya kerana ia tersembunyi dan tidak dapat dilihat secara nyata, maka pemilihan pakaian dalam dipandang secara remeh. Perlu ingat, pemilihan pakaian dalam yang betul menyumbang kepada penjagaan bahagian intim setiap wanita.

Ada sesetengah wanita pula hanya ambil berat tentang ukuran dan jenis bra yang sesuai supaya aset mereka tampak anjal, menyerlah dan dapat menampung payudara dengan baik. Manakala pemilihan seluar dalam ditolak ketepi asalkan sentiasa ditukar dan kering untuk elak jangkitan. SILAP TU!

Nah,kami kongsikan beberapa tips untuk memilih seluar dalam yang betul.

JANGAN KEDEKUT BELI YANG BERJENAMA

Ada orang kalau boleh nak beli yang dijual berlonggok, atau pakej tiga pasang RM10. Kononnya lebih murah lebih bagus, dapat berjimat.

Sebelum terlambat, ubahlah mentaliti ini. Walaupun apa yang dipakai itu tiada siapa yang nampak, tetapi yang berjenama itu lebih berkualiti meskipun harganya sedikit mahal. Tak rugi pun kalau berbelanja lebih untuk penjagaan aset kita tu.

SILAP SAIZ

Selesa ke pakai seluar dalam yang bersaiz kecil dan sendat? Menurut Mariana Hernandez, pakar pakaian dalam dan pengasas White Rabbit NY, ramai wanita gemar membeli seluar dalam yang bersaiz kecil dari ukuran asal pinggul mereka.

Image result for wrong underwear size

Hakikatnya, pemakaian seluar dalam yang kecil akan membuatkan penampilan seseorang itu hodoh kerana lemak-lemak berlebihan terbonjol. Satu lagi, vagina korang pun tak jadi tak ‘sihat’.

SILAP PILIH MATERIAL

Sesetengah wanita lebih gemar memilih corak dan fesyen berbanding material yang digunakan bagi sehelai seluar dalam. Bagi mereka yang bergerak aktif dan mudah berpeluh, seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas amat sesuai.

KURANG PENGETAHUAN JENIS SELUAR DALAM

Adalah penting untuk wanita mengetahui ‘knowledge’ berkaitan seluar dalam. Ada lebih dari 7 jenis seluar dalam dengan fungsi yang berbeza. Contohnya Classic Briefs untuk penggunaan harian, Control Briefs semasa memakai Bodycon Dresses atau jeans potongan tinggi dan Hipsters jika anda memakai jeans potongan rendah.

SELUAR DALAM DAN PAKAIAN ‘TAK PADAN’

Pastikan pemilihan seluar dalam bersesuaian dengan pakaian yang hendak dipakai. Contohnya jika hendak memakai seluar ketat atau dress, pilih seluar dalam dari jenis Thongs, Seamless atau Control Briefs supaya ia dapat menutup seluruh pinggul dan tiada garisan seluar dalam timbul.

BASUH DENGAN MESIN

Adik-adik, jangan jangan pemalas sangat okay? Menggunakan mesin basuh untuk mencuci seluar dalam hanya akan menyebabkan getahnya menjadi longgar dan fabriknya pula akan rosak. Untuk menjadikan seluar dalam anda tahan lebih lama, amalkan membasuh dengan tangan.

Ingat, cantik di luar perlu juga cantik di dalam! Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

error0
Tweet 20