RAKYAT BAKAL TERIMA BERITA GEMBIRA BERKENAAN TOL

MANIFESTO Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu menyatakan bahawa pihaknya akan memansuhkan tol secara berperingkat .

Perkara yang sama dinyatakan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada malam tadi dengan memberitahu hal berkaitan tol itu sedang dibincangkan di peringkat kabinet dan akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

“Kita baru-baru ini ada berbincang mengenai isu tol dan mungkin dalam sehari dua ini, akan ada kenyataan mengenai tol.

“Saya tidak boleh nak cakap lebih mengenai perkara itu, biarlah menteri berkaitan yang membuat pengumuman,” katanya ketika menyampaikan ceramah sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih di Kampung Batu 26, Beranang, malam tadi.

error0