RAKYAT BAKAL BERDEPAN KENAIKAN TARIF AIR

SUSULAN penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air negara dalam usaha mengurangkan beban pengguna, kerajaan dijangka akan menaikkan kadar tarif air secara berperingkat pada tahun ini.

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Air menjangkakan kadar kenaikan rendah dan mengikut kemampuan pengguna, manakala kutipannya membantu syarikat bekalan air menanggung sebahagian kos operasi dan perbelanjaan modal (capex) supaya khidmat bekalan air terawatt terjamin.

“Kita akan menaikkan tarif dalam berapa sen saja untuk rakyat. Kalau kita bandingkan kadar yang dibayar penduduk negara jiran, sudah 20 tahun tarif tidak dinaikkan.

“Kita perlu bayar untuk utiliti. Ini tanggungjawab rakyat memastikan ia (perkhidmatan bekalan air) sempurna,” kata Menterinya, Dr Xavier Jayakumar.

Xavier menambah perbincangan mengenai kadar tarif air yang baru akan dijalankan bersama kerajaan negeri sebelum mencapai persetujuan sehingga akhir tahun ini.