RAKYAT AKAN DIPERKENAL WAKTU KERJA MALAM

DALAM usaha memudahkan pekerja tempatan termasuk mengelakkan rakyat bekerja di tengah panas, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan sedang memikirkan mekanisme terbaik untuk memperkenalkan waktu kerja pada waktu malam.

Ia juga sebagai langkah mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja warga asing.

“Rakyat kita tidak mahu bekerja dalam sektor kotor, berpanas, bahaya dan berisiko menyebabkan pekerja asing merebut peluang dan bekerja dalam sektor itu.

“Untuk itu, kerajaan kini mahu mempermudahkan supaya kerja yang berat, berpanas, kotor dan bahaya itu dipermudahkan. Jika tidak sanggup kerja berat, kita jadikan ringan dengan bantuan mesin.

“Jika mahu bekerja dalam bangunan dan tidak mahu berpanas, kerajaan sedang memikirkan untuk memperkenalkan waktu bekerja pada waktu malam,” katanya Majlis Malam Tautan Muhibah 2019 anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Segambut di sini, malam ini.

Dr Mahathir berkata tiada yang mustahil untuk dilakukan jika kerajaan melaksanakan dasar ini, contohnya penanaman padi juga boleh dilakukan pada waktu malam dengan bantuan lampu jimat tenaga dan jentera berteknologi tinggi.

“Ada negara pada bulan puasa di siang hari mereka tidur dan malam hari mereka bekerja, ini semua sedang kita fikirkan,” katanya.

error0