tips makanan tahan lama

RAHSIA LEBIHAN MAKANAN BERTAMBAH SEDAP JIKA DISIMPAN DALAM PETI SEJUK

ADA orang suka masak makanan secara berlebihan supaya lebihan makanan atau leftovers dapat disimpan dengan lebih lama, terutama di dalam peti sejuk.

Ia sering dipraktikkan oleh ibu-ibu yang bekerja kerana bimbang kesuntukan masa untuk menyediakan makanan untuk keluarga.

Tahukah anda, makanan yang disimpan di dalam peti sejuk sebenarnya akan menambah rasa sedap pada makanan tersebut walaupun disimpan dalam tempoh dua atau tiga hari?

Salah satu punca kesedapannya disebabkan reaksi kimia antara bahan-bahan masakan tersebut.

Apa yang boleh anda lakukan?

  • Pastikan bahan masakan, seperti bawang dan cili ditumis dengan baik sehingga benar-benar masak.
  • Jangan masak dengan keadaan tergesa-gesa. Ini sekaligus dapat memanjangkan jangka hayat sesuatu masakan.
  • Perasakan masakan dengan garam dan gula dengan betul.
  • Begitu juga dengan lauk-pauk yang digunakan dalam masakan tersebut, pastikan ia dimasak dengan betul.
  • Untuk tahan lebih lama, simpan lebihan makanan di freezer.
  • Untuk menyedapkan lagi masakan atas tujuan menyimpan dalam tempoh lama, masak makanan tersebut tanpa meletak sayuran segar. Apabila hendak dipanaskan kelak, anda hanya perlu tambah sayuran segar sahaja.
  • Simpan makanan dalam bekas yang bersesuaian.
error0
Tweet 20