PUBG MOBILE MOHON MAAF GUNA GAMBAR KAABAH SEBAGAI KOTAK HADIAH

PERMAINAN dalam talian Player Unknown’s Battleground (PUBG) yang amat digilai masyarakat dunia pada ketika ini mencetuskan kontroversi apabila menggunakan imej yang menyamai bentuk Kaabah sebagai kotak hadiah.

Kaabah merupakan tempat suci bagi penganut agama Islam.

Kotak hadiah berbentuk Kaabah itu merupakan sebahagian daripad akotak hari jadi PUBG yang diperkenal pada minggu lalu sebagai tanda ulang tahun pertama permainan dalam talian tersebut.

Tindakan syarikat yang membangunkan permainan dalam talian itu sekaligus menimbulkan kemarahan umat Islam apatah lagi pemain boleh menembak kotak menyamai Kaabah itu dengan senjata.

Berang dengan tindakan itu, sebahagian pemain PUBG yang beragama Islam memulaukan permainan berkenaan dengan memperkenalkan #boycottPUBG, selain memadamkan permainan itu dan mendesak syarikat itu memohon maaf dengan menandatangi petisyen yang mendapat lebih dari 4,000 orang.

Syarikat PUBD Mobile segera mengambil tindakan atas desakan itu dengan mereka semula bentuk kotak hari jadi dalam masa sehari dan menyatakan permohonan maaf mereka kepada penganut Islam yang terkesan.

PUBG Mobile sebelum ini mencetuskan kontroversinya apabila empat bandar di India mengharamkan permainannya sebagai usaha melindungi kanak-kanak dari pengaruh keganasan dan membantut perkembangan minda golongan muda. Permainan itu juga disekat kepada enam jam sehari.

Indonesia juga sedang mempertimbangkan mengambil langkah yang sama selain Malaysia juga telah kedengaran suara untuk mengharamkan permainan ini.

error0