PUBG HARAM DI GUJARAT INDIA

Permainan video game yang kini menjadi trending telah diharamkan di Gujarat India sehingga 30 April 2019.

Disebalik populariti permainan video online PUBG, permainan video ini dipercayai boleh menyumbang kepada kesan tidak baik kepada kanak-kanak dan remaja seperti kecenderungan kepada keganasan.

Menurut pihak berkuasa Gujarat, sesiapa yang melakukan kesalahan tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 144, Akta Jenayah dan Seksyen 37 (3) Akta Polis Gujarat.

Pengharaman seketika sehingga 30 April juga bertepatan dengan tempoh peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Januari lalu, seorang budak lelaki berusia 11 tahun telah menghantar surat kepada Perdana Menteri India dan 6 individu lain termasuk Menteri di Kementerian yang terlibat.

Januari lalu, seorang budak lelaki berusia 11 tahun telah menghantar surat kepada Perdana Menteri India dan 6 individu lain termasuk Menteri di Kementerian yang terlibat.

Dalam surat tersebut mendakwa PUBG banyak memaparkan elemen pembunuhan dan boleh membawa kepada ketagihan permainan video.

Permainan popular PUBG diperkenalkan oleh PUBG Corporation, Bluehole, anak syarikat kepada gergasi permainan video Korea Selatan, Bluehole.