PU ABU BELANJA RM10,000 UNTUK BEKAS ISTERI DAN BAKAL ANAK

INGAT lagi kes penceraian seorang bekas peserta Pencetus Ummah (PU) Abu Suffyan dengan isterinya yang sarat mengandung tujuh bulan hingga mengundang pelbagai kritikan netizen?

Terbaru lelaki berkenaan memaklumkan telah membelanjakan hampir RM10,000 untuk bekas isterinya dan persediaan menyambut bayi mereka yang lahir tidak lama lagi.

Perkara itu dimuatnaik PU Abu melalui Instastory baru-baru ini.

Tindakan itu dipercayai sebagai reaksi balas pendakwah berkenaan terhadap kecaman netizen yang mendakwanya mengabaikan bekas isterinya kerana berkahwin baru.