PRK SEMENYIH: PERTANDINGAN EMPAT PENJURU

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih menyaksikan saingan empat penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali; calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi; calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul serta calon Bebas, Kuan Chee Heng.

Kesemua calon hadir mengemukakan masing-masing di Dewan Sri Cempaka MPKj sebelum tempoh sejam penamaan calon tamat tepat jam 10 pagi tadi.

Pengumuman rasmi calon yang bertanding dibuat Pegawai Pengurus PRK DUN Semenyih, Datuk Mohd Sayuthi Bakar setengah jam selepas tempoh pencalonan ditutup.

PRK Semenyih diadakan selepas kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor daripada PH pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.

Hari mengundi bagi PRK Semenyih diadakan pada 2 Mac depan dengan hari pengundian awal ditetapkan pada 26 Februari ini.

error0