PRK SANDAKAN PADA 11 MEI DEPAN

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan ditetapkan pada 11 Mei depan, manakala penamaan calon pada 27 April ini, demikian pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

SPR juga memaklumkan tarikh mengundi awal pada 7 Mei dengan tempoh berkempen selama enam hari.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata 40.131 pemilih layak untuk mengundi mengikut Daftar Pemilik Induk Tahun 2018.

SPR menyasarkan 70 peratus pengundi keluar mengundi bagi PRK berkenaan.

Untuk rekod kerusi Parlimen Sandakan, yang disandang Datuk Stephen Wong Tien Fatt, 65 kosong selepas Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah itu meninggal dunia akibat serangan jantung pada 28 Mac lalu.

Tien Fatt merupakan Pengerusi DAP Sabah.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Tien Fatt mempertahankan kerusi Parlimen itu dengan memperoleh 19,094 undi selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lim Ming Hoo yang mendapat 8,996 undi.

error0