PM SAHKAN TIADA ROMBAKAN KABINET

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kesemua barisan kabinetnya mencapai prestas baik sekaligus tiada alasan untuk melakukan penstrukturan semula Kabinet.

“Tidak akan berlaku rombakan Kabinet. Adakah ini jelas?” katanya dalam sidang akhbar Setahun Pemerintahan Pakatan Harapan di sini hari ini.

Dr Mahathir juga melahirkan keyakinannya terhadap barisan menteri kerajaan dan menyifatkan kesemuanya cepat belajar.

Beliau juga mengakui meskipun barisan Kabinetnya masih baru dan khuatir jika diantara mereka dituduh melakukan penyalahgunaan kuasa ketika membuat sebarang keputusan.

“Kadang kala mereka datang ke saya sebab saya ada pengalaman, saya cuba ajar serta memberi tunjuk ajar agar mereka boleh berprestasi baik. Namun begitu mereka pantas belajar,” katanya.