PESARA DITIPU PAKEJ UMRAH LEBIH RM25,000

NASIB malang menimpa seorang pesara apabila dirinya ditipu menerusi sindiket pakej umrah palsu yang bernilai RM25,600.

Mangsa berusia 63 tahun sebelum itu menerima satu pesanan daripada aplikasi Whatsapp daripada seorang individu yang menawarkan satu program bimbingan umrah yang dikendalikan oleh sebuah agensi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superitendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof mengesahkan kejadian itu menerangkan pesara berkenaan menyertai dua peringkat kursus tersebut sehingga ditawarkan pakej umrah oleh syarikat itu dengan harga RM4,900 seorang.

“Mangsa berminat menyertai bersama keluarga dan tarikh pergi adalah pada 20 April lalu sehingga hari ini. Mangsa membuat lapan kali pembayaran termasuk untuk menyambung selama sebulan berada di Mekah.

“Keseluruhan pembayaran adalah sebanyak RM25,600 dan wang dimasukkan ke dalam akaun Maybank syarikat itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mangsa juga dimaklumkan penerbangan yang sepatutnya pada 20 April lalu ditunda ke tarikh 25 April, bagaimanapun tiada penerbangan untuk mangsa dan keluarga pada tarikh berkenaan.

Akibat tidak berpuas hati, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, semalam.

error0