PERSOALANNYA, BUMI INI RATA ATAU BULAT?

BEBERAPA hari kebelakangan ini, perbincangan mengenai rupa bentuk bumi dibangkitkan dan dibahaskan netizen terutama di media sosial. Ia bermula selepas bekas penyanyi kumpulan nasyid, Suhaimi Saad mencabar angkasawan negara untuk bersumpah bahawa bumi berbentuk bulat sfera. Ramai yang mengkritik Suhaimi, namun suami kepada Ina Naim itu bertindak mem’block’mereka di laman sosialnya.

Terpanggil menjawab persoalan berkenaan, angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor pada pagi tadi memuatnaik satu hantaran di laman Instagramnya dengan menegaskan bumi berbentuksfera, bukan bulat seperti bola namun lebih kepada telur. Beliau menjawab perkara ini berdasarkan pengalamannya sebagai angkasawan Islam kesembilan dan mengelilingi orbit pada kelajuan 27 ribu kilometre sejam pada tahun 2007.

Dalam masa yang sama Dr Sheikh Muszaphar tidak menafikan sukar mengubah mentaliti sesetengah pihak yang merasakan bumi ini rata atau ‘flat’.

Namun, jawapan Dr Sheikh Muszaphar nampaknya masih tidak memuaskan hati Suhaimi apabila mempersoalkan dimanakah sumpah untuk menyatakan bumi ini berbentuk sfera dan mendakwa angkasawan itu tidak mempunyai pendirian yang tetap. Bukan itu sahaja Suhaimi turu tmeragui kenyataan Dr Sheikh Muszaphar memandangkan telah lebih 10 tahun dari hari beliau berlepas ke angkasa.

Kecaman Suhaimi sekali lagi mengundang kritikan netizen yang mempersoal adakah dirinya benar-benar membacadan memahami ayat Al-Quran.

error0