PERLU VAKSIN ATAU TIDAK? INI NASIHAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

ISU membabitkan vaksin kini semakin menjadi hangat selepas Dr Nurul Huda yang juga doktor freelance dan Dato’ Dr Musa Mohd Nordin, pakar pediatrik KPJ Damansara dijemput sebagai tetamu dalam segmen ruang bicara di TV Alhijrah.

Netizen mula mengecam hos segmen berkenaan dengan mendakwa wanita itu tidak memberi ‘keadilan’ terhadap Dr Nurul Huda untuk menerangkan keperluan tidak mengambil vaksin, sementelah dirinya merupakan wakil kepada mereka yang menolak suntikan vaksin (antivaksin).

Isu ini semakin hangat dibahaskan terutama di media sosial dan menarik perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk memberi respon berkenaan kewajipan pengambilan vaksin mengikut Jadual Imunisasi Kebangsaan dari sudut pandangan Islam.

“… kaedah mengetahui hukum penggunaannya berdasarkan kandungannya, fatwa-fatwa ulama dan institusi fatwa yang mengharuskan dan mewajibkan vaksin, serta hubung kait dengan falsafah perundangan Islam, atau Maqasid al-Syariah

… kami menyebut bahawa penggunaan vaksin bagi menambah imunisasi badan adalah diharuskan oleh Syarak di samping menekankan kepentingan pengambilan vaksin untuk meningkatkan imunisasi badan terhadap serangan beberapa penyakit berjangkit, seperti mana yang disarankan oleh para doktor, dan institusi-institusi perubahan tempatan dan antarabangsa,” demikian memetik sebahagian tulisan Dr Zulkifli di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Beliau juga menyebut peningkatan kumpulan anti-vaksin semakin meresahkan sekaligus menyebabkan peningkatan penyakit yang seharusnya boleh dicegah dengan vaksin.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, pihak KKM melalui pemantauan yang dilakukan mendapati gerakan penolakan pemberian vaksin oleh ibu bapa masa kini terus meningkat daripada 637 kes pada tahun 2013 kepada 1,603 kes pada tahun 2016.

“Dalam masa yang sama, penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin telah meningkat dengan mendadak, contohnya kes penyakit demam campak, daripada 195 kes pada tahun 2013 kepada 1,934 kes pada tahun 2018, iaitu peningkatan sebanyak 891.8% bagi tempoh 5 tahun!

“Dalam jumlah tersebut, kes demam campak yang tiada imunisasi meningkat daripada 125 kes pada tahun 2013 kepada 1,467 kes pada tahun 2018. Begitu juga menurut Kementerian Kesihatan, pada tahun 2018, terdapat enam rekod kematian demam campak di mana semuanya akibat tiada imunisasi, lima kes kematian berpunca daripada difteria dan empar daripadanya akibat tiada imunisasi, manakala 22 kematian akibat batuk kokol, di mana 19 kes daripadanya akibat tiada imunisasi,” ujarnya lagi.

Usahlah mengambil sikap pentingkan diri sehingga sanggup menggadaikan nyawa anak anda. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati!

error0