PERBELANJAAN MEMBEBANKAN, KERAJAAN MAHU KURANGKAN SAIZ PENJAWAT AWAM

JUMLAH 1.7 juta penjawat awam pada ketika ini membuatkan kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan yang banyak, demikian menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sehubungan itu ujarnya, saiz tersebut perlu dikurangkan dan diganti dengan penggunaan teknologi maklumat dan komputer.

“Apabila saya letak jawatan (pada 2003), jumlah anggota pentadbiran hanya 1 juta. Sekarang sudah meningkat kepada 1.7 juta orang iaitu peningkatan 700,000 orang.

“Ada organisasi ‘off the budget’ juga mempunyai anggota yang dibiayai kerajaan. Saya berpendapat bahawa saiz pentadbiran kita itu terlalu besar,” ujarnya.

Menyedari masalah lain akan timbul terutamanya ketiadaan kerja, Dr Mahathir berkata ia boleh ditangani dengan membangunkan bidang pembuatan.

error0