PERABOT DIBIAR DI TENGAH PANAS, MAJIKAN BERANG IKAT PEMBANTU RUMAH PADA POKOK

HANYA kerana salah sebuah perabot kesayangannya dibiarkan di bawah cahaya matahari, majikan dari sebuah keluarga kaya di Arab Saudi bertindak mendera pembantu rumahnya dengan mengikatnya di sebatang pokok.

Kejadian berlaku pada 9 Mei lalu di sebuah rumah di Riyadh.

Kejadian membabitkan mangsa, Lovely Acosta Baruelo, 26, dirakam oleh salah seorang rakan sekerja di rumah itu.

Lovely diikat dari tangan ke kaki.

Rakan Lovely bertindak merayu bantuan Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina supaya mangsa dihantar pulang ke rumah keluarganya di La Union, Filipina.

Dalam pada itu Lovely berharap majikannya mendapat balasan setimpal dari perbuatan keji sedemikian dan merayu supaya rakan-rakannya yang lain diselamatkan.

Kata Lovely, ‘orang tua’ yang merujuk kepada majikannya itu sering memotong upah mereka.

error0
Tweet 20