PENYEWA ‘LARI’, TINGGALKAN TUAN RUMAH HUTANG SEWA 8 BULAN, BIL LEBIH RM2,000

SUDAH banyak kali kita baca kisah-kisah penyewa ‘hantu’ yang tinggalkan rumah yang disewanya tanpa menjelaskan tunggakan sewa bulanan, bil kemudahan asas, angkut lari barangan dan perkakasan di dalam rumah serta meninggalkan keadaan rumah dengan kotor dan tidak terurus.

Benarlah kata orang, memberi sewa kepada orang luar tidak semudah yang disangka. Mungkin bulan-bulan pertama perangai penyewa masih terkawal, masuk bulan seterusnya habis rumah yang kita jadikan pendapatan bulanan dirosakkan mereka.

Terbaru, perkongsian daripada pengguna Twitter, bernama Fikri berkenaan sikap satu keluarga yang menyewa rumah bapanya yang meninggalkan tunggalkan bil elektrik sehingga RM2,000 dan bil air RM400 serta kegagalan membayar sewa rumah sehingga lapan bulan!

Keluarga berkenaan meninggalkan rumah sewa di Klang itu dengan keadaan yang teruk sebaik sahaja selesai mengadakan majlis perkahwinan salah seorang anaknya.

error0