PENSYARAH GESA NETIZEN TAK KECAM GADIS ‘SI PENCURI’

SEORANG pensyarah Universiti Teknologi MARA Kampus Sungai Buloh berputih mata selepas beg yang mengandungi sebuah komputer peribadi dan kertas peperiksaan pelajarnya hilang dicuri ketika mengerjakan solat Maghrib dan Isyak di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur.

Mangsa, Dr Nur Aisyah Zainordin, 35 berkata kejadian berlaku pada Isnin lalu kira-kira jam 8.30 malam di Wangsa Walk atas tujuan bertemu rakannya.

Paparan skrin kamera litar tertutup di pusat beli belah itu menunjukkan seorang gadis, dipercayai individu berkenaan mengambil beg komputer riba miliknya.

“Dalam pukul 8.30 malam, sejurus solat Isyak saya menyedari kehilangan beg itu yang diletakkan di belakang saya.

“Sebelum itu memang perasan ada orang, tetapi langsung tidak syak apa-apa. Tang sangka ada orang akan mencuri di tempat solat.

“Lagipun ada ramai di situ. Ingatkan ada orang tersalah ambil beg sebab beg sama. Apabila saya periksa rakaman CCTV, barulah saya tahu,” kata Dr Nur Aisyah memetic laporan mStar.

Beliau telah membuat laporan polis pada Selasa lalu.

Pensyarah bidang perubatan itu juga pernah mengalami insiden lama lima tahun lalu apabila tingkap keretanya dipecahkan ketika berhenti di lampu isyarat.

Meskipun menjadi mangsa curi, Dr Nur Aisyah bagaimanapun menggesa orang ramai tidak mengecam perbuatan gadis berkenaan dan mengharap si pelaku dapat memulangkan begnya semula lantaran terdapat markah lima pelajarnya yang perlu dihantar kepada pihak universiti.

“Sesiapa yang kenal gadis ini boleh beritahu dia saya perlukan beg itu sebab ada markah student saya yang perlu submit kepada universiti. Minta retweet ya. Jangan kecam beliau,” ciapnya di laman Twitter.

error0