PENONTON BERANG DENGAN JAWAPAN DOULA

Isu Doula sebagai peneman ketika bersalin semakin hebat diperkatakan kini.

Pelbagai pandangan dan pendapat dihujahkan di sosial media dan mendapat perhatian sebuah rancangan program di TV Al-Hijrah mengenai isu ini.

Perdebatan bertajuk “Doula: Peneman Ibu Atau Pengganti Doktor?, program telah menampilkan dua orang panel iaitu Prof Dr Imelda Balchin, Professor dan Konsultan Perbidanan dan Sakit Puan Universiti Malaya (UM) dan Hayati Muzaffar, Freelance Doula.

Rata-rata penonton meluahkan rasa kurang senang dengan jawapan yang berikan oleh Doula Hayati Muzaffar di sosial media.

Namun ada juga penonton ingin melihat koloborasi yang positif antara Doula dan Doktor kerana masing-masing mempunyai peranan tersendiri.

Ada juga penonton berkongsikan pengalaman positif ketika menggunakan khidmat Doula.

Setiap ibu mempunyai pilihan tersendiri. Diskusi seperti ini hanya untuk memberikan informasi kepada umum dan semoga mendapat manfaat.

error0