PENGGUBAHAN WANG HARAM RM47 JUTA – NAJIB MENGAKU TIDAK BERSALAH

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak  hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM47 juta lima tahun lalu.

Beliau yang didakwa semula pada pagi ini tiba di mahkamah pada jam 9.40 pagi selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Mengikut pertuduhan Najib melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang keseluruhan berjumlah RM47 juta yang merupakan hasil aktiviti haram ke dalam tiga akaun miliknya. Kesemua aktiviti itu didakwa dilakukan pada 8 Julai 2014 di AmIslamic Bank Berhad Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan.

Kesemua pertuduhan dikemuka mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaian Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun.

Pihak pendakwaraya telah memfailkan permohonan untuk memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi dan menunggu mahkamah menetapkan tarikh sebutan.

Dalam pada itu peguam yang mewakili Ahli Parlimen Pekan itu, Tan Sri Shafee Abdullah memohon mahkamah tidak mengenakan wang jaminan atas alasan Mahkamah Tinggi dan pihak pendakwaan tidak menetapkan ikat jamin sebelum ini.

Shafee juga menegaskan pihaknya akan mengemukakan banahan terhadap tiga pertuduhan berkenaan atas alasan wujud kecacatan ketara, yang kemudiannya dipersetujui pihak pendakwaan untuk menawarkan bon jaminan peribadi tanpa cagaran.

Perkara itu dipersetujui mahkamah dan menetapkan 8 Mac depan untuk sebutan semula kes.

error0