PENGANGGUR DERA, BUNUH ANAK KEKASIH DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI

MAHKAMAH Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang penganggur selepas didapati bersalah membunuh kanak-kanak perempuan berusia 19 bulan dalam kejadian tahun 2016.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan terhadap Aizat Abdullah Othman, 25, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie dan wujud keraguan di dalam keterangan tertuduh.

“Keterangan seorang saksi kanak-kanak adalah jujur walaupun ketika kejadian, saksi berusia lima tahun.

“Saksi menceritakan perbuatan tertuduh, iaitu menumbuk perut si mati, membaling si mati ke dinding dan mengikat si mati menggunakan getah paip.

“Walaupun keterangan ini diberikan saksi berusia lima tahun, keterangan saksi benar dan meyakinkan mahkamah. Perbuatan tertuduh zalim dan terkutuk,” katanya.

Mengikut rekod, Aizat didakwa membunuh Hannah Sufiyah Muhammad Adib yang ketika itu berusia setahun tujuh bulan di rumah sewa ibu mangsa di Apartment Teratai, Jalan Putra Perdana, Puchong pada 31 Mac 2016.

Hannah mati akibat kecederaan dan pendarahan di kepala dengan beberapa kesan dera pada badan, termasuk akibat dihempas ke lantai rumah itu.

Ketika keputusan dibacakan, Aizat kelihatan tenang di kendang tertuduh, sementara ahli keluarganta di galeri awam dilihat menitiskan air mata.

error0