PELANCONG LUAR TEGUR KAWASAN AIR TERJUN DI MALAYSIA DIPENUHI SAMPAH

MEMALUKAN! Isu sampah di kawasan rekreasi dan tumpuan pelancong kerap kali disuarakan dan banyak kali diingatkan kepada pengunjung, terutama rakyat Malaysia untuk sama-sama menjaga kebersihan. Sikap rakyat penting dalam mencerminkan sesebuah negara itu, bukan?

Namun amat menyedihkan apabila perkara ini kembali lagi diperkatakan, kali ini oleh pelancong dari luar negara. Memuatnaik satu statuk di laman Facebooknya, Ken Butler menyifatkan kesemua kawasan air terjun di Malaysia dipenuhi dengan sampah dan plastik.

Bukan itu sahaja Ken juga mahu rakyat Malaysia bertindak dari sekarang supaya keadaan tidak menjadi semakin teruk.

Adakah kita sebagai rakyat Malaysia mahu berterusan melihat situasi sebegini? Adakah kita rela membiarkan orang luar memperkatakan yang tidak baik tentang negara dan sikap rakyatnya?

Tepuk dada, tanya selera!

error0
Tweet 20