PELAJAR KOLEJ LANGGAR ANGGOTA TRAFIK BUAT KAWALAN LALU LINTAS

SEORANG anggota polis trafik yang sedang membuat kawalan lalu lintas di persimpangan lampu isyarat di Jalan Hishammuddin menuju ke Jalan Raja Laut cedera dilanggar oleh sebuah kereta Mercedes Benz E200 dalam satu kejadian jam 8.11 pagi tadi

Mangsa, Konstabel Aniq Mohd Kasim, 22 dilaporkan cedera ringan di bahagian kaki dan mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Manakala pemandu, seorang pelajar kolej berusia 25 tahun ditahan dan dibawa ke Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee dan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan.

Perlanggaran itu menyebabkan Aniq tercampak di tengah jalan.

error0