ORANG AWAM TAK WAJAR PERIKSA MPV POLIS – KPN

SUSULAN kes sekumpulan orang awam memeriksa kereta peronda polis (MPV) di pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Rantau, Negeri Sembilan pada Sabtu lalu, anggota polis yang terlibat akan dikenakan tindakan tatatertib.

Tindakan itu akan dijalan mengikut prosedur di bawah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), demikian menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

“Tidak wajar membenarkan MPV diperiksa orang awam yang tidak mempunyai kuasa kerana mereka (anggota polis) boleh memohon bantuan jika keadaan mendesak berikutan petugas di sekitar kawasan pusat pengundian ketika itu seramai 1,100 orang.

“Kita ada pelbagai saluran seperti rakan setugas lain berhampiran atau balai berdekatan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), tidak timbul alasan membiarkan orang awam menghalang tugas penjawat awam bagi mengelakkan kekecohan,” katanya.

Untuk rekod dalam kejadian 13 April lali, lima lelaki dipercayai penyokong Pakatan Harapan (PH) bertindakan melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan polis di hadapan sekolah berkenaan yang dijadikan pusat mengundi.

Dua anggota polis di dalam MPV berpangkat sarjan dan koperal pada ketika itu sedang melakukan bantuan kawalan lalu lintas untuk mengiringi beg kertas undi PRK DUN Rantau.

error0