oksana dan sultan muhammad v

OKSANA KONGSI DETIK PERKENALAN DENGAN SULTAN MUHAMMAD V

RIHANA Oksana Petra, isteri kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada semalam berkongsi perkenalan mereka sehingga membawa ke jinjang pelamin.

instagram rihana

Menerusi posting di laman Instagramnya, @rihanapetra, Oksana memberitahu mereka berjumpa buat kali peryama pada tahun 2017 dalam sebuah majlis makan malam.

Oksana memberitahu, Sultan Muhammad ketika itu memperkenalkan dirinya sebagai ‘Raja Malaysia’ dan beliau menganggap perkara itu sebagai gurauan sehingga membalas dirinya sebagai ‘Ratu Moscow’

Mereka berdua kemudiannya saling bertukar nombor telefon.

Oksana juga memberitahu reaksinya setelah membaca berita mengenai pelantikan Sulan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-15.

Kisah pertemuan antara mereka berdua akan diceritakan Oksana dalam posting seterusnya.

Kedua-dua pasangan diraja itu telah dikurniakan seorang bayi lelaki yang dinamakan Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra pada 21 Mei yang lalu.

Perkahwinan Sultan Muhammad V dan Oksana menjadi kontroversi selepas video dan gambar perkahwinan mereka menjadi tular dan pengunduran Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong dan digantikan oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

error0
Tweet 20