suntikan perancang dan kesan haid

NORMAL KE TAK PERIOD SELEPAS AMBIL SUNTIKAN PERANCANG?

BAGI wanita yang ingin merancang kehamilan, ada beberapa kaedah yang boleh dilakukan, sama ada dengan mengambil pil perancang, suntikan atau memasukkan alat ke dalam rahim atau dipanggil IUD/IUCD (Intra Uterine Device).

Kesesuaian setiap kaedah perancang keluarga itu mungkin berbeza bagi setiap wanita.

Ada yang tidak menunjukkan kesan sampingan, namun ada juga yang terpaksa menanggung beberapa simptom susulan, sama ada perubahan fizikal, hormon dan kitaran haid itu sendiri.

suntikan perancang

Kali ini kami akan berkongsi beberapa perkara penting mengenai suntikan perancang, atau depo provera (DMPA).

Sama ada suntikan, pil atau alat yang dimasukkan ke dalam rahim, sedikit sebanyak akan mengganggu kitaran haid seorang wanita.

Suntikan depo mamou mencegah peluang kehamilan lazimnya sehingga 12 minggu, namun gangguan terhadap kitaran haid pula mampu melebihi dari tempoh itu.

Suntikan kebiasaannya akan diberi selepas hari kelima seseorang itu datang haid, dan diberikan sama ada di bahagian punggung atau lengan.

Fungsi suntikan ini supaya lendir pada serviks menjadi pekat sekaligus menghalang sperma daripada menembusinya.

suntikan perancang dan kesan haid

Rata-rata wanita yang mengambil suntikan depo dan sedang menyusukan anak tidak akan memberi kesan kepada penyusuan. Selain mencegah fibroid pada rahim, pengambilannya juga tidak menggangu hubungan seks bersama pasangan.

Namun, ada beberapa perkara yang mungkin mengganggu wanita yang mengambil suntikan depo ini – sama ada mengalami haid dalam tempoh yang panjang atau langsung tidak datang haid.

Langsung tidak datang period atau pendarahan berterusan atau on-off sepanjang tempoh 3 bulan biasanya dianggap normal!

Ini kerana sistem dalaman badan sedang menyesuaikan keadaan dengan kadar hormon yang berbeza.

Perlu ingat kitaran haid juga boleh terganggu atas faktor kesihatan badan, tekanan kerja dan pengambilan ubat-ubatan.

Pakar sakit wanita mengandaikan masalah missed period ini hanya akan selesai selepas pengambil kali ketiga suntikan perancang.

Sekiranya anda mendapatkan kepastian, segeralah berjumpa dengan doktor dan dapatkan nasihat.