NICOL DAVID UMUM BERSARA JUN INI

Selepas memegang lapan kejuaraan dunia dan dua dekad mengungguli gelanggang, ratu skuasy Malaysia, Datuk Nicol David hari ini mengumumkan pengundurannya dari arena sukan berkenaan mulai Jun depan.

“Rasmi! Saya benar-benar gembira dan teruja untuk berkongsi dengan semua yang saya akan bersara Jun ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong selama 20 tahun ini dan kini masanya untuk peluang baru,” ujar Nicol menerusi satu ciapan di laman Twitternya.

Nicol juga memberitahu musim 2018/2019 akan menjadi musim terakhirnya sebagai pemain skuasy profesional.

Kehebatan Nicol di gelanggang bermula pada 1996 apabila menyertai Kejohanan terbuka British bawah 14 tahun dan menjadi pemain pertama menang dua kejohanan dunia junior pada 2001, selain menang emas di temasya Sukan Komanwel, Kejohanan Dunia dan Sukan Asia.

Lebih membanggakan Nicol menggungguli rekod selama 109 bulan sebagai pemain nombor satu dunia.

Nicol, hari ini disenarai sebagai pemain ke-21 dunia dan dicatat di dalam Hall of Fame Persekutuan Skuasy Dunia pada 2011, merupakan pemain pertama dalam sejarah sukan ini yang masih aktif.

error0