NENEK SANGGUP JADI IBU TUMPANG KERANA ANAK SEORANG GAY

PELIK! Namun itulah yang terjadi di Omaha, Nebraska apabila seorang wanita berusia 61 tahun menawarkan diri menjadi ibu tumpang selepas anak lelaki memilih untuk menjalinkan hubungan sejenis.

Wanita berkenaan, Cecile Eledge melahirkan Uma Louise Dougherty-Eledge  pada Isnin.

Anak Eledge, Matthew,32 merupakan seorang gay apabila memilih Elliot Dougherty, 29 sebagai pasangan hidupnya.

Kedua-duanya kemudian mahu memiliki anak hasil dari hubungan berkenaan dan Eledge secara rela hari menawarkan diri untuk menumpang telur yang disumbangkan oleh kakak Dougherty dan sperma oleh Matthew selepas wanita warga emas itu menjalani ujian kesihatan untuk membolehkan dirinya hamil.