NENEK ‘LALOK’ SYABU DEPAN CUCU USIA 15 TAHUN

SEORANG wanita berusia 57 tahun ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kota Kinabalu bersama seorang wanita dan dua lelaki selepas serbuan mendapati mereka menghisap syabu di sebuah rumah.

Bukan itu sahaja, wanita itu juga dengan selamba melepaskan gian di hadapan cucu perempuannya yang berusia 15 tahun dan menjadikan bilik tidur remaja itu sebagai ‘port’ bersama rakan-rakan yang lain.

Ketua Pegawai AADK Kota Kinabalu, Lawrence Galleh, berkata ketika pemeriksaan dilakukan, anggota AADK menemui beberapa peralatan menghisap dadah di dalam bilik rumah berkenaan.

“Nenek bersama tiga lagi jiran dan rakannya ditahan ketika sedang leka menghisap dadah di dalam bilik tidur cucu perempuannya.

“Ujian saringan air kencing mendapati semua mereka positif dadah jenis syabu,” katanya.