NAK SIHAT? AMALKAN MINUM SANTAN MENTAH SETIAP HARI

MASAKAN Melayu banyak menggunakan santan, terutama dalam menghasilkan kari dan gulai. Ia dianggap pelengkap masakan selain menjadikan kuah masakan pekat dan berlemak. Ada yang menggemari santan perah dan segar untuk dimasukkan ke dalam masakan, ada juga yang menggunakan santan kotak sahaja. Terpulang kepada citarasa masing-masing.

Seperti yang anda tahu, santan kaya dengan vitamin C, E, B1, B3, B5, dan B6, selain pelbagai jenis mineral seperti zat besi, magnesium dan selenium

Kali ini, perihal santan bukan kerana masakan, tetapi Bawang Putih akan membicarakannya dari sudut kesihatan dan kecantikan.

Tahukah anda, meminum santan segar mampu membantu mengurangkan tahap kolestrol di dalam badan. Walaupun ia mengandungi ‘saturated fat’, santan berperanan meningkatkan tahap kolestrol yang baik untuk badan. Selain itu santan juga membekalkan lemak Omega 6 yang diperlukan oleh badan kita.

Amalan meminum santan mentah juga dapat mengawal tahap tekanan darah di dalam badan kerana kandungan kaliumnya. Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, anda mungkin boleh mencuba rawatan secara semulajadi dan murah ini.

Santan juga mengandungi zat besi yang tinggi, dipercayai dapat membantu seseorang yang mempunyai masalah anemia. Dipercayai secawan santan menyerupai ½ keperluan zat besi yang diperlukan seharian oleh badan.

Kita sering mendengar terlalu kerap memakan makanan bersantan akan meningkatkan kadar kolestrol dan menyumbang kepada kenaikan berat badan. Jangan terkejut jika dikatakan mengambil santan mentah merupakan antara petua menurunkan berat badan dan membantu seseorang mengawal rasa lapar.

Seperti peranan susu, santan mentah juga mengandungi kalsium dan sejumlah phosphorus yang cukup untuk badan, sekaligus menjadikan tulang kuat dan sihat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, dan selamat mencuba!

error0