NAK MELANCONG TETAPI BAJET TAK LEPAS? 7 NEGARA INI MUNGKIN DALAM LIST ANDA!

JAUH perjalanan luas pemandangan. Ramai di antara kita menjadikan aktiviti melancong sebagai aktiviti tahunan. Ada yang sudah awal-awal lagi menempah tiket penerbangan supaya dapat menyimpan duit belanja lebih lama.

Tetapi bagi mereka yang kurang mampu, aktiviti percutian hanya dilakukan di dalam negara.

Jangan risau, kami senaraikan 10 buah negara yang anda boleh lawati dengan bajet yang sederhana namun tetap antara lokasi terbaik di dunia.

  • Thailand

Pelancong gemar ke negara ini untuk membeli-belah atau melakukan aktiviti di pulau. Mana tidaknya, belanja makan paling murah boleh didapati antara RM2.70 hingga RM20.80, penginapan bermula dengan RM16, kos pengangkutan seperti bas bermula RM1.04, Skytrain dan Metro bermula RM2.08 sekali trip.

  • Indonesia

Sama seperti Thailand, belanja bagi pengangkutan, penginapan, makanan dan beli belah masih di dalam bajet anda. Ada yang kata bawa RM1,500 untuk belanja makan, hotel, pengangkutan, beli-belah, lawatan dan aktiviti pun masih cukup!

  • Kemboja

Negara ini terkenal dengan etnik dan budaya setempat serta lokasi yang menarik. Tiket masuk ke Angkor Wat misalnya boleh didapati dengan harga RM54. Wat ini amat besar ya Makanannya boleh didapati dari harga RM4 manakala bilik hotel juga bermula dengan harga RM16.  

  • Sri Lanka

Antara lokasi yang jarang diterokai oleh pengembara luar, negara ini juga dikenali sebagai pengeluar teh keempat terbesar di dunia. Anda boleh merasai pengalaman tidur di tepi pantai dan makan di dalam kafe dengan harga serendah RM83 untuk satu malam. Kalau mahu mencuba makanan lokal di sana, anda juga boleh berbelanja dengan harga bermula RM8.

  • Turki

Teringin untuk merasai pengalaman menaiki belon udara panas? Turki merupakan negara unik untuk dilawati apatah lagi dikenali dengan pertembungan budaya Timur dan Barat. Makanan popular di negara ini semestinya Shawarma dengan harga serendah RM8 manakala hotel menarik untuk dikunjungi juga boleh didapati dengan harga RM80 untuk semalaman.

  • Nepal

Jika anda menggemari pemandangan alam semulajadi, negara ini antara negara yang berbaloi dan masih dalam bajet yang sederhana. Lokasi menarik semestinya Banjaran Himalaya dan anda boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini. Hotel bajet boleh didapati dengan harga serendah RM20!

  • Romania

Bagi anda yang mengagumi seni, Romania perlu ada dalam bucket list anda! Mana tidaknya, perbelanjaan di sana juga amat murah dan berpatutan. Makanan boleh didapati dengan harga RM20, bilik untuk seorang serendah RM33, manakala untuk bilik double dengan harga RM166 untuk semalaman. Kos pengangkutan seperti kereta api dan bos pula bermula dengan RM4. Lokasi tarikan seperti museum mengenakan caj di antara RM20 sehingga RM41.

error0