MURTABAK? TAK PERLU BELI. JOM BUAT SENDIRI.

Menu wajib jika berkunjung ke pasar Ramadhan adalah Murtabak!

Jadi, jika anda rasa awal Ramadhan ini lebih semangat untuk masak tapi teringin murtabak yang jual di Pasar Ramadhan tu, jangan risau. BP hari ini akan kongsikan resipi ringkas untuk buat Murtabak di rumah. 

Bahan-bahannya;

  1. 1/2 cawan minyak masak
  2. 2 ulas bawang besar (potong dadu/cincang)
  3. 1 ulas bawang putih (potong dadu/ cincang)
  4. 1 cawan serbuk kari
  5. 1 ubi kentang
  6. 1 lobak merah (potong dadu)
  7. Daging cincang
  8. 2 biji telur
  9. 1/2 sudu kecil garam 
  10. Daun sup
  11. Kulit Popia

Cara-cara;

  1. Masukkan minyak masak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih.
  2. Campur serbuk kari dengan air dan masukkan ke dalam kuali.
  3. Masukkan ubi kentang dan lobak merah. 
  4. Masukkan daging cincang.
  5. Biakan mendidih dan masukkan garam secukup rasa.
  6. Bila daging dan ubi sudah lembut, masukkan dua biji telur dan gaul.
  7. Kemudian masukkan daun sup.

Biarkan indi sejuk dalam 15 minit. 

Kemudian boleh lah dibalut dengan menggunakan kulit popia mengikut saiz yang disukai. 

Akhir sekali, goreng murtabak yang siap di balut dengan minyak yang sedikit. 

SIAP! 

Selamat mencuba!


error0