cara elak monday blues

MONDAY BLUES? INI 10 CARA NAIKKAN MOOD KORANG UNTUK BEKERJA

SEPERTI biasalah, naik kerja selepas cuti hujung minggu dua hari pasti membuatkan anda slow sikit untuk bekerja.

Sebab itu ada orang gemar minum kopi untuk hilangkan mengantuk sambil buat kerja yang tengah menunggu tu.

Selain kopi, di sini kami kongsikan 10 cara yang boleh rangsang mood korang pada hari Isnin ni. Check it out!

cara elak monday blues

Chewing Gum
Cuba kunyah sugar-free mint gum untuk hilangkan rasa mengantuk di siang hari.

Pastikan postur badan bersesuaian
Kalau rasa mood bekerja semakin berkurang, apa kata periksa postur badan anda. Kajian dari San Francisco University mendapati pelajar yang gemar duduk secara membongkok akan mengalami penurunan tenaga berbanding yang duduk secara tegak.

Simple workout
Lakukan regangan ringkas di pejabat, walaupun hanya di kerusi yang anda duduk sekarang.

Nap sekejap!
Tidur seketika dalam tempuh 10-15 minit sebenarnya amat membantu mengurangkan rasa mengantuk anda ketika membuat tugasan di pejabat. Tapi jangan pula terlajak sampai 30 minit ye. Tak pasal bos cari!

cara elak monday blues

Tonton video lucu
Duduk lama dengan mengadap kerja di skrin komputer memang memenatkan. Ambil sedikit masa dengan menonton video-video lucu yang boleh membuatkan anda ketawa.

Layan muzik
Sambil-sambil buat kerja tak salah rasanya sambil mendengar muzik. Jangan pula buka kuat-kuat sampai satu office boleh dengar.

Lihat benda bewarna merah
Contohnya hias meja pejabat anda dengan meletak bunga bewarna merah. Ini kerana ia dapat membantu anda kekal fokus kepada tugas sekaligus meningkatkan semangat!

cara elak monday blues

Coklat
Dengan memakan coklat akan merangsang hormon anda merasa lebih tenang dan ceria.

Kekacang
Badam misalnya mengandungi magnesium yang membantu pemecahan glukosa di dalam badan anda dan menukarkannya kepada tenaga.

Berangan
Pejam mata dan bayangkan perkara-perkara indah yang anda inginkan dalam hidup. Tapi, jangan lama-lama pula, nanti habis semua kerja tak jalan!

error0