MOHAMAD FUZI: TAHNIAH ABDUL HAMID

KETUA Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengucapkan tahniah di atas pelantikan Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador yang akan menggantikannya, bermula esok.

Mohamad Fuzi akan bersara wajib berkuatkuasa esok, Jumaat.

Beliau berkata, harapannya adalah semua pihak termasuk warga PDRM akur dengan keputusan yang dibuat kerajaan itu.

“Saya juga berharap agar proses peralihan kuasa akan berjalan dengan lancar.

“Saya yakin semua dalam PDRM akan akur dengan kepimpinan Abdul Hamid dan beliau akan mendapat sokongan padu sepertimana yang diberikan kepada saya,” katanya