MENGENALI RAMADHAN

RAMADHAN – berasal dari perkataan Bahasa Arab ‘Ar-Ramadh’ yang membawa maksud hujan. Air hujan yang turun di musim kemarai yang panas dengan sinaran matahari.

Ramadhan juga bermaksud panas menyengat – yang berasal dari perkataan ‘Ar-Ramdha’. Perkataan ini dikaitkan dengan ‘Ramadhat qadamuhu al ihtaraqaar min syhiddah al-har’ yang bererti ‘telapak kakinya terbakar’ atau lebih tepat sebagai ‘telapak kakinya terbakar kerana panas yang menyengat’.

Puasa dikenali sebegitu kerana sepanjang ibadah ini dijalankan kita akan berasa panas kerana lapar dan dahaga.

Ramadhan berbeza dengan bulan-bulan Islam yang lain kerana keistimewaannya diisi dengan keampunan pada 10 hari pertama, diikuti dengan rahmat pada 10 hari kedua dan dijauhkan dari api neraka pada 10 hari terakhir.

Malam-malam terakhir Ramadhan juga ditambah dengan nikmat malam Lailatul Qadar selain semua syaitan diikat dan dikurung.

Di dalam surah Maryam (Ayat 26), Allah SWT menyebut perkataan ‘as-siyam’ atau puasa berdasarkan perspektif bahasa.

“Makan, minum dan bertenang hatilah daripada segala kerunsingan. Apabila kamu melihat manusia, katakanlah :”Aku berjanji berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah. Oleh itu akan tidak akan berbicara dengan mana-mana manusia hari ini.”

Dengan ini ayat tersebut bermaksud puasa sebagai perbuatan menahan diri daripada berbicara.

Nama-nama bagi bulan Ramadhan

Bulan sabar. Ini berdasarkan hadith ;
صوم شهر الصبر وثلاثة أيام من كل شهر تعدل صوم الدهر

Sabda Rasulullah saw : “ Berpuasa pada bulan sabar dan tiga hari dari setiap bulan adalah menyamai puasa setahun”

Bulan al Muawasah ( kasihan belas ). Ini berdasarkan hadith ; وهو شهر المواساة
“Ia adalah bulan berbelas kasihan”

Penghulu segala bulan. Ini berdasarkan hadith ;
سيد الشهور شهر رمضان
“ penghulu segala bulan adalah bulan Ramadhan”

Bulan puasa. Kata Abu zaid allughawi;
أقمت بالبصرة صومين أي رمضانين
“Aku tinggal di Basrah selama dua kali bulan puasa (Ramadhan).

error0