buka bra sebelum tidur

MENGAPA WANITA TAK DIGALAK PAKAI BRA SEMASA TIDUR

ADA wanita gemar memakai bra walaupun ketika tidur dengan alasan mahu mengekalkan bentuk payudara supaya sentiasa montok dan seksi.

Sedangkan mereka kurang faham dan sedar masalah bentuk payudara terjadi kerana salah memilih saiz bra dengan bentuk badan mereka.

Pemakaian bra sepanjang hari sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan seorang wanita.

Di sini kami kongsikan mengapa pentingnya anda menanggalkan bra sebelum tidur.

1.Mengelakkan masalah kulat pada payudara

Tahukah anda, pemakaian bra yang tidak sesuai boleh menyebabkan anda memperolehi masalah kulat pada payudara?

Malaysia mempunyai cuaca yang panas dan lembab maka ini akan menggalakkan lagi pertumbuhan kulat.

2.Hiperpigmentasi

Masalah kulit gelap di bahagian payudara terjadi kerana pemakaian bra yang terlalu ketat dan bergesel dengan kulit.

3.Melancarkan aliran darah

Ramai yang kurang tahu, memakai bra yang ada sokongan dawai sebenarnya tidak baik untuk kesihatan, yang mana ia boleh menyekat peredaran darah di dalam badan.

Gangguan boleh berlaku di kawasan lengan dan tangan.

4. Gatal pada kulit

Pemakaian bra dalam tempoh yang terlalu lama boleh menyebabkan keradangan dan kerengsaan pada kulit. Gatal-gatal yang timbul pada bahagian payudara akhirnya akan menyebabkan anda sendiri merasa tidak selesa.

5.Mengganggu kualiti tidur

Pemakaian bra yang lama juga akan menyebabkan anda berasa tidak selesa, walaupun dalam keadaan anda tidak sedar.

Ini sekaligus akan menggangu kesihatan seseorang wanita.

error0
Tweet 20