MENGAPA WANITA PENTING UNTUK EKONOMI NEGARA?

BAYANGKAN jika hanya lelaki sahaja yang bekerja dan wanita hanya duduk di rumah, pasti memberi kesan yang mendadak kepada ekonomi negara.

Ini kerana lelaki mahupun wanita mempunyai peranan masing-masing dalam meningkatkan ekonomi negara.

Jelas, wanita memainkan peranan penting dalam setiap struktur organisasi perniagaan dan mempunyai peranan yang lebih unik berbanding lelaki.

Berikut 4 sebab wanita harus terlibat dalam struktur ekonomi;

1. Semakin banyak wanita di seluruh dunia terlibat dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS)

Wanita sudah memiliki 30% hingga 37% daripada semua PKS (8 juta hingga 10 juta firma milik wanita) di pasaran baru muncul dan bilangan perusahaan wanita berkembang pada kadar yang lebih pantas berbanding rakan-rakan lelaki (sumber).

2. Wanita lebih baik daripada lelaki dalam memberikan penerangan

Jurujual wanita lebih memahami dengan tepat apa yang wanita perlukan dari komuniti mereka, dan mereka lebih memahami manfaat dan ciri produk yang mereka promosikan. Jadi tak hairanlah jika ramai jurujual terdiri daripada golongan wanita.

3. Meningkatkan pendapatan seorang wanita dapat mengurangkan kemiskinan

Wanita melabur semula 90% pendapatan mereka kepada keluarga mereka (lelaki hanya 30% hingga 40%). Oleh itu apabila seorang wanita memperoleh lebih banyak wang, dia akan melabur dalam pendidikan anak-anaknya, penjagaan kesihatan dan kebajikan. Dalam jangka masa panjang, ini mempunyai kesan besar terhadap pengurangan kemiskinan dan pertumbuhan ekonomi negara.

Wanita melabur semula 90% pendapatan mereka kepada keluarga mereka.

Lelaki hanya 30% hingga 40% sahaja.

(UNAC, 2012)

4. Wanita adalah seorang usahawan yang hebat kerana pandai mengambil peluang dikalangan rangkaian sosial mereka

Di kawasan luar bandar, kebanyakan usahawan wanita bekerja, mereka mungkin guru atau jururawat, dan pada mulanya, mereka menggunakan perniagaan sebagai salah satu daripada banyak aliran pendapatan baharu (Contohnya; perniagaan atas talian).

Aliran pendapatan ini akan dihebahkan kepada rangkaian sosial mereka sendiri seterusnya menjana pendapat lebih tanpa terikat dengan gaji sedia ada.

Sejajar dengan Dasar Wanita Negara yang diperkenalkan oleh Kerajaan untuk memberi panduan dan hala tuju dalam usaha perancangan dan perlaksanaan pembangunan wanita atas kesedaran bahawa kaum wanita merupakan separuh daripada penduduk negara yang gigih menyumbang kepada pembangunan negara. 

error0