MENGAPA WANITA LEBIH MUDAH BANGUN AWAL PAGI BERBANDING LELAKI?

Tidur lapan jam setiap hari merupakan putara tidur yang ideal untuk lelaki dan wanita.

Namun, tahukah anda? kitaran tidur lelaki dan wanita adalah berbeza dan perkara ini memberi impak terhadap berbezaan budaya tidur lelaki dan wanita?

Lazimnya rata-rata lelaki yang lebih cergas di malam hari dan sukar untuk bangun awal.

Wanita pula lebih cenderung untuk bangun lebih awal berbanding lelaki. Mengapa?

Ianya adalah kerana rantaian circadian badan iaitu jam dalaman yang membantu mengawal kitaran apabila anda merasa mengantuk dan apabila anda berasa was-was atau gementar. Irama circadian beroperasi pada kira-kira 24 jam.

Bagaimana ia berfungsi?

Irama circadian dikawal oleh kawasan otak yang dipanggil hypothalamus. Pengaruh lain termasuk cahaya (yang menghantar mesej ke otak anda bahawa ia adalah masa untuk bangun) dan sesuana yang gelap (penunjuk kepada badan anda bahawa ia adalah masa untuk melepaskan melatonin, hormon yang membantu anda tidur).

Corak tidur biasa ialah bangun tidur dan tidur pada waktu yang sama setiap hari akan juga mengekalkan irama circadian anda berfungsi secara normal, membantu mengurangkan kemungkinan masalah tidur seperti insomnia.

Apa beza waktu tidur lelaki dan wanita?

Di luar faktor ini, ada lagi pembolehubah penting yang mempengaruhi jam dalaman anda iaitu jantina. Irama circadian lelaki dan wanita tidak sama. Secara purata, lelaki mempunyai kitaran circadian yang enam minit lebih lama daripada wanita yang bermakna mereka mungkin merasa kurang letih pada waktu petang.

Wanita pula, jam dalaman lebih cenderung lebih pendek daripada kitaran penuh 24 jam, menjadikannya kecenderungan wanita untuk bangun tidur lebih awal adalah tinggi.

Walaubagaimanapun, kitaran tidur yang rutin akan menjadi normal mengikut sesuaian tubuh badan dan pasti badan jadi letih dan lesu jika tidak cukup tidur kan?

Anda rasa artikel ini menarik untuk dikongsikan? Klik share!

error0