MENGAPA ANDA TAK PERLU BERTANGGUH BELI RUMAH SEKARANG

PERBINCANGAN tentang bilakah masa bersesuaian untuk membeli rumah tak akan pernah selesai. Ada yang mahu tunggu harga rumah turun, ada juga yang percaya harga rumah tidak akan turun dalam beberapa tempoh tahun ini.

Hakikatnya tidak ada waktu yang dianggap ‘sesuai’ untuk membeli rumah kerana rumah merupakan keperluan asas setiap orang.

Jika anda mahu menunggu harga rumah turun sekalipun, anda hanya dapat membeli rumah lelong atau projek rumah yang mempunyai kadar NPL yang tinggi.

Untuk pengetahuan anda, dalam tempoh 30 tahun dari tahun dari 1988 hingga 2018, harga rumah di Malaysia pernah turun ketika Krisis Ekonomi Asia berlaku yang turut memberi kesan kepada Malaysia.

Harga rumah dilaporkan turun sehingga -9.5%.

Ini termasuklah rumah jenis Semi-D dan high-rise yang turun antara 0.9% hingga 1.4% pada tahun 2018 lalu.

Meskipun wujud penurunan harga rumah namun anda tetap digalakkan untuk membeli rumah sekarang, lebih-lebih lagi buat mereka yang sedang mencari rumah pertama dan anak-anak muda.

Kami senaraikan sebab-sebab yang anda tak perlu bertangguh untuk beli rumah.

1.Entry Cost Rendah

Merujuk kepada kos untuk membeli sesuatu hartanah. Biasanya pasaran undercon lebih murah harganya berbanding pasaran subsale dan lelong.

Anda hanya perlu membayar booking fee pada kadar yang ditetapkan.

Jika pihak bank menolak permohonan pinjaman anda, booking fee akan dipulangkan kepada anda dengan jumlah lebih kurang satu bulan dari tarikh penyata bank.

Mengapa undercon murah? Kerana hanya ia projek yang belum siap sepenuhnya namun isunya anda perlu membayar progressive payment pula.

2.Pinjaman Bank Yang Mudah

Tidak seperti 10 tahun yang lalu, anda perlu ke 3,4 buah bank untuk mengetahui kadar faedah pinjaman dan menghantar permohonan pinjaman pembelian rumah atau hartanah.

Kini tidak lagi. Dengan kemajuan teknologi, anda boleh mendapatkan perbezaan kadar faedah bank dan membuat permohonan di atas talian.

Jadi bukan lagi alasan kepada anda untuk bertangguh dalam soal membeli rumah.

Yang pasti jangan tunggu harga rumah untuk turun! Sebaliknya tunggu harga rumah anda untuk naik.

error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *