MENGAPA ANDA PERLU ANTI – PLASTIK?

Plastik telah digunakan dalam pelbagai bentuk dalam kehidupan seharian kita. Namun, pelbagai kajian telah dilakukan untuk mengkaji kesan pencemaran plastik kepada Bumi dan alam sekitar.

Bersempena dengan Hari Bumi Antarabangsa 2019 yang disambut setiap 22 April di seluruh dunia minggu depan, BP ingin melihat kesan terhadap sambutan ini yang telah dirai tahun 2018 yang lalu bertemakan “End Plastic Polution”. 

Kredit Foto: cbc.bb

Seperti tahun sebelum-sebelumnya, tema bagi setiap Hari Bumi Dunia adalah bertujuan untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menghargai alam semula dan membantu memperbaiki tingkah laku yang mungkin memberi kesan terhadap alam. 

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mempromosi keharmonian alam semula jadi dan memperbaiki kesan pencemaran akibat perbuatan manusia. 

Dipetik daripada laman sesawang, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, “Hari Bumi Antarabangsa diraikan untuk mengingatkan setiap kita bahawa Bumi dan ekosistemnya memberi kita kehidupan dan rezeki, iaitu untuk mencapai keseimbangan antara keperluan ekonomi, sosial dan persekitaran generasi masa kini dan masa depan”. 

Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita semua tahu bersama-sama ambil peduli tentang kesan dan akibat jangka panjang terhadap penggunaan plastik setiap hari. 

Berikut adalah petikan kempen dan ringkasan mengapa plastik berbahaya kepada alam sekitar; 

Sebelum meraikan sekali lagi Hari Bumi Antarabangsa tahun ini, mari kita lihat semula usaha dan outcome bagi kempen yang telah dilakukan seluruh negara 356 hari yang lalu.

BP akan kongsikan beberapa kupasan mengenai usaha beberapa negara dalam menyelesaikan masalah penggunaan plastik dengan mengharamkan penggunaannya dan, apakah tindakan Malaysia dalam menyokong kempen ini?

Nantikan artikel berkaitan #pencemaranplastik minggu ini.

error0