MENGAPA ANAK TAK SUKA BELAJAR MATEMATIK? KETAHUI SEBAB DAN CARA ATASI

RAMAI ibu bapa berasa runsing melihat prestasi anak-anak dalam subjek Matematik. Apabila ditanya mengapa keputusan ujian atau peperiksaan rendah, jawapan yang diterima adalah SUSAH dan TIDAK FAHAM.

Berbanding subjek-subjek lain, matematik memerlukan banyak latihan dan bukannya membaca. Anak-anak perlu dipastikan memahami konsep menjawab soalan dengan bantuan guru dan rakan-rakan yang pandai Matematik, supaya akhirnya mereka berasa seronok dan mendapat kepuasan apabila berjaya menyelesaikannya.

Di bawah adalah beberapa sebab yang sering dikatakan Matematik satu subjek yang susah :

  • Malas buat latihan – Jangan bertangguh sekiranya ada homework. Ini akan menyebabkan mereka menjadi malas dan akhirnya akan sentiasa meniru rakan-rakan. Sentiasa bertanya dan pantau anak anda apabila mereka sedang buat kerja rumah. Ibu bapa perlu membantu anak-anak sekiranya ada penyelesaian yang sukar mereka faham.
  • Malas berfikir – Matematik tidak seperti subjek lain yang memerlukan banyak latihan. Sentiasa duduk bersama anak anda ketika mereka cuba menyelesaikan soalan Matematik dan beri sokongan supaya mereka lebih bersemangat.
  • Kena hafal banyak formula – Formula bukan sahaja kena ingat, tetapi perlu dipraktikkan.
  • Tak faham asas – Ini antara alasan yang sering diberikan anak-anak sehingga mereka gagal menyelesaikan turutan soalan.

Bukan sahaja tanggungjawab guru di sekolah, ibu bapa juga harus membantu anak-anak supaya tidak takut terhadap nombor sekaligus membantu meningkatkan prestasi mereka di sekolah. Di sini kami kongsikan beberapa tips untuk membuatkan anak-anak suka Matematik :

  • ‘Baca’ Matematik – Terapkan minat terhadap nombor ketika anak-anak masih di usia kecil. Contohnya dengan menggunakan flash cards, lagu, buku dan cerita tentang nombor.
  • Kait Matematik dengan kehidupan seharian – Sentiasa cari peluang untuk anak anda menyukai nombor. Contohnya dengan menyuruh anak anda mengira bilangan pinggan yang digunakan di atas meja makan, berapa biji atau potongan buah yang dimakan dalam sehari dan mengira bil barangan dapur yang dibeli.
  • Pantau apa yang mereka pelajari di sekolah – Temani anak-anak ketika mereka membuat latihan atau kerja rumah Matematik, dan cari aktiviti yang bersesuaian serta menyeronokkan berkaitan apa yang dipelajari.
  • Beri contoh terbaik  – Meskipun anda tidak begitu menguasai sepenuhnya subjek Matematik, jangan sesekali pindahkan ‘kelemahan’ itu terhadap mereka. Apa kata duduk bersama mereka ketika sedang melakukan kerja rumah dan cari penyelesaian masalah Matematik itu bersama-sama.

Sumber artikel daripada The Asian Parent Malaysia.