solat pakai mekap

MEKAP SELEPAS AMBIL WUDUK. BOLEH KE?

SETIAP wanita mahu kelihatan cantik, sama ada melalui gaya pemakaian dan solekan di wajah.

Sebagai wanita Islam, dalam berfesyen perlu juga bersederhana supaya tuntutan utama dalam agama tidak diabaikan.

Persoalan yang sering dibangkitkan oleh ramai wanita Islam adalah pemakaian mekap ketika hendak solat. Ada beberapa percanggahan pendapat tentang hukum solat apabila memakai mekap.

Apakah hukumnya seseorang yang telah mengambil wuduk kemudian memakai mekap ke wajahnya dan menunaikan solat?

Ini jawapannya.

Wajib hukumnya untuk berwuduk sama ada hendak menunaikan solat, memegang Al-Quran, tawaf dan sebagainya.

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, apabila kalian hendak mengerjakan solat, cucilah wajah kalian dan tangan kalian sampai dengan siku, dan usaplah kepala kalian dan (cucilah) kaki kalian sampai pada kedua mata kaki.” (Surah al-Maidah, ayat 6)

Bermekap atau bersolek hukumnya adalah HARUS selagi ianya tidak melampaui syarak dan berlebihan. (Sumber Ustaz Haslin Baharin)

Solat seseorang wanita yang bermekap juga sah selagi bahan solekan itu tidak mempunyai unsur najib sehingga boleh membatalkan solat.

Maka carilah alat-alat solek yang dibuat daripada bahan yang halal.

error0
Tweet 20