MAUT JATUH DARI TINGKAT TUJUH PPR

SEORANG remaja lelaki berusia 15 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seksyen 8, Kota Damansara, malam tadi.

Terdahulu mangsa mengadu kepada bapanya bahawa dirinya tidak sihat dan pening kepala.

Bapanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan baru pulang dari kerja pada ketika itu menasihati anaknya untuk berehat dan tidur terlebih dahulu.

Lelaki berusia 44 tahun kemudiannya masuk ke rumah untuk ke tandas sebelum terdengar bunyi dentuman yang kuat yang kemudian dimaklumkan isterinya bahawa anak mereka terjatuh ke tingkat bawah.

“Dia kemudian mendapati isterinya tergesa-gesa masuk ke rumah dan memberitahu bahawa anak mereka jatuh di tingkat paling bawah.

“Bapa mangsa kemudian berlari turun mendapatkan anaknya dan mendapati kepala remaja itu cedera parah dan berlumuran darah.

“Dia kemudian bergegas mengejarkan anaknya ke Wad Kecemasan Hospital Sungai Buloh (HSB) namun doktor bertugas mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din dalam satu kenyataan.

Mangsa, Khorilsyahrulnizam Che Norizam dilaporkan telah mengalami demam panas sejak tiga hari lalu.

Siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

error0